Tuesday, 8 May 2012

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::


Assalammualaikum..
sebenarnya post ni adalah sambungan dr previous post tp disebabkan mcm dh melalut2 post y dulu tu, so, abaikan je le ye.. ok2! hari ni kt serius sikit... ehem2! selamat membaca!! ehe... =)

benda ni anggaplah seperti pesanan dari kakak kepada adiknya, dari kekasih kepada kekasihnya, dari ibu kepada anak-anaknya, dari teman kepada teman2 kesayangannya.. bukan nak berlagak terer, tp semua ini adalah satu pesanan.. if you don't want to know, who cares.. =) im just doing my work.. cekidaut.. 



Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


...hold someone who loves you.... =) (pergh! jeles2!!)




p/s: actually this is one of my favourite words.. the words that gives me motivation. memg kdg2 rase mcm eleh, gedik la die ni.. tp if put aside your ego and try to understand it deeply, you can understand and insyaallah you can be the best person for someone. ini untuk renungan kita bersama... peace yo!  =)

No comments:

Post a Comment